Puasa Enam

Monday, September 28, 2009

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Read more...

Selamat Berpuasa

Thursday, September 3, 2009

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang lemah dan hina yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.



Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."



Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Read more...

Salam Merdeka

Wednesday, September 2, 2009

Salam merdeka buat semua rakyat Malaysia. Kekalkan perhubungan dan eratkan perpaduan. Bersama-samalah kita semua mengekalkan kemerdekaan ini demi anak bangsa, agama, dan negara. Terima kasih tak terhingga kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang yang telah memerdeka dan membangunkan Malaysia hingga menjadi sebuah negara yang disegani di serata dunia. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai dengan penuh jerih kepayahan.Tahniah buat semua...



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Read more...

Hapuskan....b*&%?

Friday, August 14, 2009

Perlukah kita menghapuskannya atau kita semua yang terhapus kerananya. Dulu bila ada selsema burung habis semua ayam dan itik kena bunuh. Bagaimana pula dengan babi...?Kalau tujuannya untuk kebaikan dan kesihatan semua manusia ada baiknya kita hapuskan.

Tapi yang pasti ini semua ujian
Tuhan kepada umat manusia yang semakin lalai dengan duniawi. Gejala sosial semakin berleluasa;arak,seks,rempit,dadah,bunuh,rompak, buang anak dan sebagainya telah menjadi satu perkara biasa.

Read more...

H1 N1...?

Tuesday, August 11, 2009

http://guestofaguest.com/wp-content/uploads/2009/04/swine-flu-masks.jpg

Hari 10 orang murid kelas aku tak hadir. Katanya demam. Semalam cuma seorang je. Tambah dengan semua murid di SK.Sungai Galah ni maka makin ramai yang tak hadir sebab demam. Kelas 4G saja hari ni tinggal lebih kurang 5 orang je yang hadir. Buat masa ini belum dapat dipastikan atau diketahui lagi sama ada murid-murid itu terkena H1 N1 atau tidak. Aku pun risau juga. Anak aku pun demam juga dan dah dua hari tak pergi sekolah. Semalam tika aku membawa anak ke klinik, ramai orang yang datang sama ada tua atau muda untuk mendapatkan rawatan. Ada yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Sesak klinik dibuatnya.

Tanda-tanda H1N1
: Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah
-sesak nafas
-radang mata


Sama-samalah kita menghindari penyakit ini. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat. Bersama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa dilindunginNYA.

Amalkan Mencuci Tangan:

  1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  4. Bila-bila masa tangan anda kotor

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tanga dan celah jari
  6. Cuci tangan dengan air bersih
  7. Cuci tangan dengan kain bersih atau tisu
Status terkini H1 N1 di Malaysia. Klik disini

Read more...

Serabut...

Thursday, July 2, 2009



Minggu ini aku sibuk sikit kerana ada tiga lagi tugasan yang perlu disiapkan untuk semester ini. Semuanya perlukan kajian dan temubual. Mesti ada responden dan rakaman baru boleh buat laporan untuk tugasan tu. Masa ini le anak aku nak meneman aku. Bayangkan dah seminggu dia asyik tidur lambat. Penat melayannya....tapi seronok jugak. Kalau dia tak tidur tak bolehle aku buat kerja...aku buka komputer...dia pun nak main komputer jugak. Nak tak nak aku layan dia dulu... kadang-kadang aku tertidur dulu.

Read more...

umrah

Wednesday, June 3, 2009

Kini dah masuk seminggu abah dan mak aku menunaikan umrah. Semoga abah dan mak sentiasa sihat dalam mengerjakan ibadah, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Selamat Hari Bapa buat abah tercinta. Semoga abah dan mak selamat pulang ke tanah air.

Read more...

hari guru

Tuesday, May 19, 2009



Letihnya...masih tak hilang lagi. Sakitnya badan-badan aku,maklumle dah lama tak bersukan.Masa main seronok,happy je semua tapi lepas tu...lu pikirle sendiri....
tengokle gambar-gambar aku tu...mula-mula baca perutusan hari guru.
Selepas itu semua guru menunjukkan kebolehan masing-masing di dalam aktiviti permainan.
Penat...semput...gembira...suka...semua ada...
tapi sedikit sebanyak rasa diri dihargai sempena hari guru tersebut. Klik atas gambar untuk melihat gambar lain.
baca lagi

Read more...

Nak kaya....

Thursday, May 14, 2009


Hari ini sekali lagi aku terima risalah yang cuba menggoda aku. Setiap tahun sama ada awal tahun atau hujung tahun risalah ini mesti sampai kat rumah aku. Surat ini merupakan satu promosi untuk mencari orang bagi bertemu seorang tok dukun siam untuk kaya cepat. Katanya nak tolong orang yang kesusahan tetapi caranya tak sesuai bagi seorang Islam. Ini akan merosakan akidah kita. Hairan juga aku macam mana dia dapat alamat rumah mak mentua aku ni. Biasale zaman semakin canggih......klik...semuanya di hujung jari....surat itu datangnya dari utara tanah air...banyak orang melayu telah mengikutnya dan telah terpengaruh...pada risalah tu ada disertakan dengan gambar orang yang telah mengikutnya dan ada gambar tokong sekali...kawan-kawan hati-hatilah.

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

Photobucket

Read more...

Thursday, May 7, 2009

Photobucket

Read more...

Guru Pembina Negara Bangsa

Thursday, April 30, 2009


Guru O Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 1979

Read more...

Oh ibu.....


Menurut riwayat Abu Ya'la dan Thabrani : Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw seraya berkata, "aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu." Rasulullah bertanya, "Apakah salah seorang orang tuamu masih hidup ?" Dia menjawab, " Ibuku masih hidup."
Lalu Rasulullah saw bersabda :
" Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya. Jika engkau berbuat demikian maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad."

" Orang tua itu adalah kunci pintu syurga. Jika mahu aku hilangkan saja
atau aku menjaganya."


" Orang tua itu adalah kunci pintu syurga. Peliharalah itu jika kamu mahu
atau kamu tinggalkan saja."

Read more...

Stress

Wednesday, April 29, 2009

Work place has a significant impact on individual mental health. A healthy and safe work place ensures work efficiency and makes working pleasurable. On the other hand,poor working conditions will lead to stress.

Symptoms :
1. restlessness
2. change in appetite
3. excessive smoking
4. alcohol abuse
5. easily irritated
6. fatigue
7. lack of concentration and motivation
8. sleep disturbances
9. aggressiveness

Read more...

My drift car....

Wednesday, April 15, 2009

TOYOTA GL ini banyak berjasa pada aku...dah hampir empat tahun aku memiliki kereta ini.... Setakat ini ia menjalankan tugasnya dengan baik.Satu kereta yang berkualiti...enjinnya tahan lasak. Bukan setakat boleh bawa orang sahaja...buah durian dan anak sawit pun aku angkut guna kereta ini. Aku bercadang nak baikpulih semula kereta ini. Maklumlah dah lama, cat dah luntur,banyak bahagian yang yang mula berlubang dan mereput.



Read more...

Buat anak-anak didikku...

Tuesday, April 14, 2009

Selain daripada usaha yang bersungguh-sungguh senantiasalah berdoa untuk mencapai kejayaan demi masa depan mu. Bangunlah dari lenamu itu dan yakinlah bahawa Tuhan itu maha adil kepada umatnya. Mintalah apa yang kamu inginkan selagi permintaan kamu itu adalah yang benar.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut"
surah Al-A'raf, ayat 55.
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan penuh keyakinan dan hati yang tulus.
"Berdoalah kepadaKU akan Aku perkenankan permintaanmu"
surah Al-Mukmin, ayat 60.
Berdoalah pada waktu yang mulia yang dimakbulkan doa-doa iaitu selepas sembahyang fardu, pada hari jumaat, pada bulan ramadhan, pada hari Arafah, antara azan dan iqamat, sedang berpuasa, semasa sedang sujud dalam sembahyang, semasa berjihad dan semasa hujan turun.

Read more...

Tahniah

Friday, April 10, 2009

The image “http://www.bharian.com.my/klikkhas/kabinet/PixAhliKabinet/muhyiddin.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Menteri Pelajaran yang baru. Sama-samalah kita memartabatkan profesion perguruan. Majulah anak bangsa kita.
Tahniah juga buat barisan kabinet yang baru.

Read more...

Gambar aku yang terkini

Thursday, April 9, 2009

Ini gambar aku yang terbaru. Gambar ini aku ambil semasa bercuti di Melaka. Best jugak pergi sana walaupun cuma satu hari sahaja. Dah semakin maju Melaka sekarang ni.

Read more...

Aku di SK. Sungai Galah

Aku melaporkan diri di SK. Sungai Galah pada hari Isnin / 02.02.2009. Ini sekolah ketiga aku. Aku akan mencurahkan baktiku di sini bagi memartabatkan profesion perguruan dan bagi memajukan anak bangsaku agar menjadi insan terbilang dari semua segi. Aku mengharapkan kerjasama dari semua kawan-kawan dan anak-anak muridku. Semoga kalian semua sukses.

Read more...

Guru-guru SK. Sungai Besar

Wednesday, April 8, 2009

Ini barisan kabinet bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Besar ( sekolah lama aku ) . Aku kat sekolah ini selama lebih kurang empat tahun. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid dan penduduk kampung yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang saya berkhidmat di SKSB. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Kepada bekas anak-anak didik cikgu, semoga kalian berjaya hingga ke menara gading. Tegurlah saya jika berjumpa dan .......jumpa lagi

Read more...

Kenangan di SK. Sungai Besar

Inilah murid-murid yang cemerlang dalam UPSR tahun 2008. Semoga anda terus berusaha untuk berjaya. Bakhtiar 5A, Norazman 5A, Norazmi 4A 1B dan Nadia 4A 1B.

Read more...

Masih baru...

Thursday, February 19, 2009

Aku baru nak membina laman blog ini.....jadi sabar-sabar le kawan-kawan ok.. Aku sekarang ni menetap di Kampung Gajah, Perak. Aku dah pun kahwin dan ada dua orang anak. Isteri aku yang cun lagi comel juga seorang guru. Alhamdulillah..setakat ini aku dikurniakan dua orang puteri yang manis dan menghiburkan.

Read more...

Periksa

Bulan ini bulan peperiksaan....kepada kekawan study jangan tak study. Aku satu paper dah selesai... tinggal lagi empat.Bila dah meningkat usia...membaca pun dah malas tapi sebab ingin berjaya kena usaha lebih lagi. Ini untuk masa depan aku, isteri aku dan anak-anak aku. Melihat perangai anak-anak aku kekadang dapat gak hilangkan stress aku dalam musim exam ni. Bila belajar ni banyak yang dulu kita tak tahu kita tahu. Banyak ilmu yang dapat. Tapi yang peningnya masa nak buat tugasan. Bahan untuk buat tugasan susah nak dapat.

Read more...

slide aku

anak-anakku

adik

gambar lama


Created with Admarket's flickrSLiDR.
bb

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP