Tuesday, February 23, 2010

Glitter Photos

Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain, sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yan g beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,

"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu".( Riwayat Muslim)

Anatara orang yang mungkin sering mendoakan kita ialah :
  • Ibu bapa
  • Orang lemah yang pernah kita bantu
  • Anak-anak yatim
  • Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama
  • Guru yang berkongsi ilmu dengan kita
  • Malaikat
  • Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan atau pun di lautan

Ibu bapa yang mengasihi dan menjaga kita dari kecil hingga dewasa sering mendoiakan untuk anak-anaknya, orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tidak lupa mendoakan kita. Doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus. Oleh itu, banyakkanlah membuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar kita sering didoaskan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

Dipetik dari majalah Tarbawi.

0 comments:

slide aku

anak-anakku

adik

gambar lama


Created with Admarket's flickrSLiDR.
bb

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP