Cabutan Bertuah

Wednesday, January 27, 2010

Ha..ha..ha..haa.....terkejut aku sebab dapat hadiah lima ratus ribu. Mana tidaknya banyak tu......tapi itu semua hanya penipuan sahaja. Baru-baru ini lebih kurang dua minggu aku dapat satu email yang mengatakan aku adalah pemenang bertuah. Kalau betul memang best. Kepada semua pembaca yang bertuah selamat berjumpa semula.

...dah lama aku tak update blog ni.
Salam pertemuan buat semua...Buat semua anak-anak didikku semoga kalian terus sukses dan berjaya dalam bidang yang kalian ceburi.

Read more...

Puasa Enam

Monday, September 28, 2009

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Read more...

Selamat Berpuasa

Thursday, September 3, 2009

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang lemah dan hina yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.



Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."



Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Read more...

Salam Merdeka

Wednesday, September 2, 2009

Salam merdeka buat semua rakyat Malaysia. Kekalkan perhubungan dan eratkan perpaduan. Bersama-samalah kita semua mengekalkan kemerdekaan ini demi anak bangsa, agama, dan negara. Terima kasih tak terhingga kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang yang telah memerdeka dan membangunkan Malaysia hingga menjadi sebuah negara yang disegani di serata dunia. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai dengan penuh jerih kepayahan.Tahniah buat semua...



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Read more...

Hapuskan....b*&%?

Friday, August 14, 2009

Perlukah kita menghapuskannya atau kita semua yang terhapus kerananya. Dulu bila ada selsema burung habis semua ayam dan itik kena bunuh. Bagaimana pula dengan babi...?Kalau tujuannya untuk kebaikan dan kesihatan semua manusia ada baiknya kita hapuskan.

Tapi yang pasti ini semua ujian
Tuhan kepada umat manusia yang semakin lalai dengan duniawi. Gejala sosial semakin berleluasa;arak,seks,rempit,dadah,bunuh,rompak, buang anak dan sebagainya telah menjadi satu perkara biasa.

Read more...

H1 N1...?

Tuesday, August 11, 2009

http://guestofaguest.com/wp-content/uploads/2009/04/swine-flu-masks.jpg

Hari 10 orang murid kelas aku tak hadir. Katanya demam. Semalam cuma seorang je. Tambah dengan semua murid di SK.Sungai Galah ni maka makin ramai yang tak hadir sebab demam. Kelas 4G saja hari ni tinggal lebih kurang 5 orang je yang hadir. Buat masa ini belum dapat dipastikan atau diketahui lagi sama ada murid-murid itu terkena H1 N1 atau tidak. Aku pun risau juga. Anak aku pun demam juga dan dah dua hari tak pergi sekolah. Semalam tika aku membawa anak ke klinik, ramai orang yang datang sama ada tua atau muda untuk mendapatkan rawatan. Ada yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Sesak klinik dibuatnya.

Tanda-tanda H1N1
: Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah
-sesak nafas
-radang mata


Sama-samalah kita menghindari penyakit ini. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat. Bersama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa dilindunginNYA.

Amalkan Mencuci Tangan:

  1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  4. Bila-bila masa tangan anda kotor

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tanga dan celah jari
  6. Cuci tangan dengan air bersih
  7. Cuci tangan dengan kain bersih atau tisu
Status terkini H1 N1 di Malaysia. Klik disini

Read more...

Serabut...

Thursday, July 2, 2009



Minggu ini aku sibuk sikit kerana ada tiga lagi tugasan yang perlu disiapkan untuk semester ini. Semuanya perlukan kajian dan temubual. Mesti ada responden dan rakaman baru boleh buat laporan untuk tugasan tu. Masa ini le anak aku nak meneman aku. Bayangkan dah seminggu dia asyik tidur lambat. Penat melayannya....tapi seronok jugak. Kalau dia tak tidur tak bolehle aku buat kerja...aku buka komputer...dia pun nak main komputer jugak. Nak tak nak aku layan dia dulu... kadang-kadang aku tertidur dulu.

Read more...

slide aku

anak-anakku

adik

gambar lama


Created with Admarket's flickrSLiDR.
bb

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP